Petang tadi saya sempat menyaksikan perlawanan pertama di tempat sendiri bagi pasukan Sarawak FC yang melayan kunjungan Harimau Muda B. Sarawak telah mengalahkan Pulau Pinang pada perlawanan pembukaan bagi Liga Premier 2011 di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang dengan jaringan 4-0. Dengan kemenangan itu, Sarawak mendahului carta Liga Premier bagi perlawanan pertama.
Sebenarnya, semuanya secara kebetulan. Pada asalnya saya tidak bercadang untuk menonton perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri pada petang tersebut, dah dinamakan 'rezeki', seorang rakan saya telah memberi tiket perlawanan tersebut yang dia menangi semasa menjawab soalan kuiz dari Skuad Perodua ERA.fm dan tanpa berfikir panjang saya menerimanya dengan 'hati terbuka'....(tengkiu ASWANDYROSLY.blogspot.com dan juga Skuad Perodua ERA....jasamu ku kenang jua...hehehe)
Pada petang yang dibasahi hujan renyai, saya memandu ke Stadium Negeri. Sangkaan saya bahawa tidak ramai yang akan ke stadium memandangkan hujan mula turun dan hari ini merupakan hari berkerja, mungkin agak sukar untuk melihat penonton yang ramai. Setibanya di stadium, jangkaan saya meleset. Ramai yang telah pun sampai awal daripada saya sehinggakan parkir di tepi Stadium Negeri telah penuh dan jalan ditepi stadium turut dipenuhi kereta. Saya terpaksa meletakkan kereta agak jauh sedikit dari lokasi stadium.
Penonton mula beratur panjang untuk membeli tiket dan beratur panjang juga ketika masuk ke stadium. Perlawanan telahpun bermula selama 5 minit ketika saya mula masuk ke dalam stadium. Daripada pengamatan saya, kira-kira hampir 10,000 penonton yang membanjiri stadium pada petang tersebut. Satu angka yang besar jika dibandingkan dengan situasi seperti hujan dan hari bekerja pada petang tersebut.
Pada perlawanan tersebut, pasukan Sarawak ketinggalan 3 kali kepada pasukan Harimau Muda B, namun akhirnya berjaya juga mendapatkan gol penyamaan pada minit-minit akhir perlawanan dengan berkesudahan 3-3. Secara keseluruhan, perlawanan antara Sarawak dan Harimau Muda B begitu menghiburkan. Kedua-dua pesukan saling berbalas serangan.
Pasukan Sarawak seharusnya menang pada petang itu, namun beberapa percubaan dan peluang terbaik gagal disempurnakan sehinggakan pihak lawan berjaya membolosi gawang gol Sarawak akibat daripada kelalaian benteng pertahanan pasukan Sarawak. Kekuatan pasukan Harimau Muda B adalah jentera tengah yang kreatif untuk mencuri ruang menghasilkan gol manakala pasukan Sarawak pula memiliki kelebihan di bahagian sayap yang banyak mencipta hantaran lintang yang berbahaya. Ketiga-tiga gol pasukan Sarawak adalah hasil daripada sepakan sudut.
Walaupun hanya mendapat satu mata, kebanyakan penyokong Sarawak berpuashati dengan persembahan pasukan Sarawak. Perlawanan seterusnya akan berlangsung pada 14 Februari 2011 di Stadium Negeri dimana Sarawak akan menentang pasukan SDM Navy Kepala Batas Pulau Pinang pada jam 4.15 pm.
Jom ramai-ramai ke stadium. Sarawak pasti ENCANG!!!
Liga masih awal permulaan. Byk yang tidak dijangka mungkin akan berlaku kan
ReplyDeletebetul...perjalanan masih panjang, namun apa yang penting persembahan dan momentum mesti terus hebat agar penonton terhibur dan seterusnya membawa s'wak ke liga yang lebih kompertatif.
ReplyDeletesemangat yang kental, sasaran dan tujuan untuk menuju puncak kejayaan hendaklah dicapai walaupun pelbagai rintangan yang datang. sik rugi dapat tiket free.
ReplyDeletesyabas, rajnekannnnn