Kalau korang nak tau, aku penyokong kuat pasukan ARSENAL. Dah lama dah aku sokong ARSENAL...sejak zaman kebangkitan & kegemilangan Dennis Bergkamp. Masa tu jugak kehebatan striker Ian Wright (penyokong ARSENAL pasti kenal lagenda nie)....untuk musim 2010/2011 nie aku nak cite sikit pasal team favourite aku lah, ARSENAL FC!
Untuk musim nie, aku berpendapat ARSENAL mempunyai para pemain yang dah matang, mempunyai skil yang tinggi dan beberapa pemain yang mempunyai kreativiti yang luar biasa yang tiada dimiliki oleh pasukan-pasukan lain di EPL.
Walaupun membataskan belanjawan untuk membeli pemain, ini tidak bermakna ianya bukan pasukan yang tidak mencabar untuk kali ini. Malah, pemain-pemain muda ini sebenarnya lebih bersemangat untuk bermain serta menunjukkan bakat mereka untuk bersaing pada peringkat yang lebih tinggi. Buktinya, beberapa pemain muda ARSENAL telah terpilih untuk mewakili negara masing-masing pada usia yang muda seperti Cecs Fabregas (Sepanyol), Samir Nasri (Perancis), Theo Walcott (England) dan yang terbaru Jack Wilshere (England).
Walaupun membataskan belanjawan untuk membeli pemain, ini tidak bermakna ianya bukan pasukan yang tidak mencabar untuk kali ini. Malah, pemain-pemain muda ini sebenarnya lebih bersemangat untuk bermain serta menunjukkan bakat mereka untuk bersaing pada peringkat yang lebih tinggi. Buktinya, beberapa pemain muda ARSENAL telah terpilih untuk mewakili negara masing-masing pada usia yang muda seperti Cecs Fabregas (Sepanyol), Samir Nasri (Perancis), Theo Walcott (England) dan yang terbaru Jack Wilshere (England).
ARSENE WENGER (AW) selaku pengurus, pada pandangan aku, telah menjalankan tugas sebagai pengurus pasukan dengan cemerlang. Dengan melahirkan ramai pemain muda yang berbakat serta memberikan pulangan keuntungan kepada kelab itu sendiri telah meletakkan AW sebagai pengurus kelab bolasepak yang paling bernilai di dunia. Buktinya, kelab-kelab gergasi bolasepak seperti Real Madrid dan beberapa kelab terkemuka lain pernah cuba untuk mendapatkan khidmat beliau suatu ketika dahulu, namun beliau tetap komited kepada ARSENAL. Dibawah pengendalian AW juga ARSENAL telah berjaya naik ke tangga ketiga dibelakang Manchester United dan Real Madrid sebagai "Most Valuable Soccer Teams" oleh majalah Forbes pada tahun 2010. Tahniah WENGER!
Jom kita lihat beberapa orang tonggak utama team ARSENAL bagi musim ini.
1. Cecs Fabregas (Jersey #4)Jom kita lihat beberapa orang tonggak utama team ARSENAL bagi musim ini.
Selaku ketua pasukan, Fabregas merupakan watak penting bagi ARSENAL kerana pemain tengah ini boleh memberi impak kepada corak pemainan pasukan secara keseluruhannya. Berusia 24 tahun, bertubuh kecil di atas padang namun mempunyai kreativiti yang tinggi untuk mencipta ruang kepada penyerang untuk menjaringkan gol.
2. Samir Nasri (Jersey #8)
Pemain tengah yang mempunyai kawalan bola yang luar biasa, mampu menjaringkan gol dalam sudut yang sukar. Berusia 24 tahun, Nasri menjadi nadi penting dibahagian tengah mahupun dibahagian sayap pasukan.
3. Thomas Vermaelen (Jersey #5)
Tonggak pertahanan tengah yang mantap, bakal menggantikan kehebatan langenda pertahanan ARSENAL iaitu Tony Adam. Sering menjaringkan gol dari sepakan sudut dengan tandukan tajamnya, berusia 26 tahun, merupakan bekas ketua pasukan Ajax Amsterdam, mempunyai kualiti hebat sebagai pemain pertahanan.
4. Robin van Persie (Jersey #10)
Merupakan penyerang antarabangsa Belanda, mempunyai penyudah yang tajam. Berusia 28 tahun, mempunyai penyudah skil "target man" yang berbisa sekiranya dibiarkan. Antara pemain senior pasukan ARSENAL.
5. Andre Arshavin (Jersey #23)
Pemain antarabangsa Russia merupakan pemain sering mencipta ruang buat rakan-rakan sepasukan. Seringkali bermain dibahagian sayap, mencari ruang pada bahagian tepi pasukan lawan, berusia 30 tahun, bertubuh kecil, sukar dikawal apabila mendapat bola.
6. Marouane Chamakh (Jersey #29)
Pemain yang telah lama diintai oleh AW untuk pasukan ARSENAL dan berjaya dipancing musim ini. Berusia 27 tahun, pemain penyerang ini cukup pantas dan bijak membaca permainan. Bekas penyerang Bordeaux dan kini pemain antarabangsa Morroco. Musim pertamanya bersama ARSENAL.
7. Theo Walcott (Jersey #14)
Pemain yang bertubuh kecil namun gerakannya sukar digugat oleh pemain lawan. Kelebihan utamanya ialah kepantasan dalam mengawal bola serta cukup berbahaya sekiranya dibiarkan memasuki kawasan gol lawan. Berusia 22 tahun, mewakili pasukan England ketika berusia 18 tahun ketika Piala Dunia 2006 di Jerman, membuktikan beliau adalah pemain yang perlu diberi perhatian.
Begitulah tadi beberapa pemain ARSENAL yang paling bernilai musim ini. Bak kata orang "lucky number seven"...jadi aku bagilah 7 orang pemain paling ummph! pada pandangan aku.
TAHUN TOK ADA CHANCE AMBIL PIALA KAH
ReplyDeleteTahun tok maok sapu semua piala termasuk piala borneo, piala malaysia, piala monsoon dan piala pusingan tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa....hehehee
ReplyDelete