Salam semua...kali ini saya nak bercerita sikit tentang makanan special di bandaraya Kuching. Mungkin ramai yang dah tahu, ada juga yang dah rasa atau ada jugak yang sekadar dengar daripada saudara-mara atau rakan taulan.
Kalau di sebut MEE KOLO atau mee kolok (panggilan orang tempatan) sudah tidak asing lagi di Sarawak terutamanya di bandaraya Kuching ini. Mee kolo diberi nama berbeza mengikut tempatnya di Sarawa, sebagai contoh kalau di Sibu ianya dipanggil Mee Kampua. Mee ini sangat terkenal sehinggakan telah dibungkus dan dijual dalam bentuk kering oleh salah sebuah syarikat pembuat mee terkenal dinegara ini.
Mee Kolo merupakan mee yang nipis dan sedikit beralun (tidak lurus). Dimasak dengan air yang mendidih sehingga mee tersebut lebut sedikit. Ramuan mee ini terpulang kepada pembuat mee itu sendiri. Ianya terdiri daripada daun bawang, sedikit bawang merah yang digoreng, sedikit kicap, ajinomoto atau garam secukup rasa.
Untuk menambah selera, ada kalanya mee kolo disertakan dengan daging atau ayam, atau nak lebih special ditambah dengan udang. Bagi yang meminati masakan pedas, boleh ditambah dengan kicap pedas. Jangan lupa untuk letak sup mee tersebut. Kalau tak letak, takde rasalah jawabnya....
Selamat mencuba...

Assalamualaikum...
ReplyDeleteSebenarnya mee kolo ini mee kegemaran saya masa tinggal dan bekerja di Sarawak dulu. Mee ni sedap sangat. Rindu pada sarawak.
xpernah pun makan lg...tp ada jual kat area rumah ni...
ReplyDeleteooiii sedap.
ReplyDeleteKesedapan mee kolo terpulang kepada pembuat mee tersebut. Tapi kat area Kuching hampir semua tempat sedap-sedap belaka...cuba jgn tak cuba...
ReplyDelete