Wednesday, February 23, 2011

Jom Sokong MALAYSIA!!!


Malam ini akan berlangsungnya perlawanan kelayakan Olimpik pusingan pertama di antara pasukan Malaysia (Harimau Malaya) bertemu pasukan Pakistan. Sudah tentunya kita mahukan kemenangan mutlak dalam perlawanan ini. Kalau boleh nakkan gol seberapa banyak yang boleh agar mendapat bekalan selesa pada pertemuan timbal balik di Pakistan kelak. Ayuh kita sokong Malaysia. Malaysia boleh!!!

Tuesday, February 22, 2011

Jom Kira Duit SYILING!

Ha...dah tiba masanya untuk 'kira dan simpan' duit syiling dari tabung-tabung anak-anak saya. Anak-anak saya di ajak bersama-sama untuk megira duit syiling tersebut. Ternyata mereka berdua teruja melihat bilangan syiling yang banyak dan pelbagai saiz.



Mereka berdua juga berpeluang untuk melihat duit syiling RM1 (syling warna emas) yang telah lama tidak digunakan dinegara kita. Tak sangka jugak yang kami masih lagi mempunyai syiling RM1 itu...



Duit-duit syiling dikumpul dan di asing mengikut nilai syiling tersebut. Syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen dikira dan disusun dengan kemas agar mudah untuk mengira jumlah keseluruhannya kelak. Cuma terdapat 2 keping duit syiling RM1. Juga terdapat beberapa keping duit syiling 1 sen, duit syiling negara Brunei, duit syiling negara Singapura...dan juga syiling token untuk permainan di arcade centre (...pulak dah?!). Duit syilingyang paling lama dalam simpanan kami adalah duit syling 50 sen dan duit syiling 20 sen keluaran tahun 1967. Dilihat dari reka bentuk syiling, pertukaran gambar parlimen ke gambar yang terkini berlaku pada tahun 1989...boleh perhatikan syiling 50 sen kat gambar dibawah nie...


Setelah dikira, duit-duit syiling tadi dimasukkan ke dalam bekas plastik untuk memudahkan pertukaran ke wang kertas. Mudah nak masuk mesin ATM untuk depositkannya nanti.

Sekali lagi, saya memohon bantuan rakan blogger Aswandy (ASWANDYROSLY.blogspot.com) untuk meng'cash'kan atau membuat pertukaran dari syiling ke wang kertas. Atas bantuan dan nasihat beliau, kami telah pergi ke tempat tersebut dan membuat pertukaran syiling tadi.

Sayang sekali, kami lupa pulak nak ambil gambar cara diaorang kira duit syiling yang banyak tu....kalau dapat gambar tu bolehlah saya kongsikan dalam blog saya nie....anyway, thanks a lot to bro Aswandy atas pertolongan beliau. Saya memang tak berapa tahu kat mana nak tukar syiling tu, nasib baik lah ada bro Aswandy....tq.

Korang tahu tak berapa nilai syiling tu? Ko pikir la sendiri......hehehe!

6 Orang Yang Mendapat Doa Para Malaikat

Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya”
*(QS Al Anbiyaa’ 26-28)

Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘”
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)



2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia”
* (Sahih Muslim no. 469)



3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan”
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf”
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)



5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu”
*(Sahih Bukhari no. 782)



6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘”
*(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

SEBARKANLAH WALAU DENGAN SATU AYAT.

(sumber daripada ohislam)

Jangan guna singkatan 'SALAM'!


Siapa yang menggunakan "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”



Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Penyataan ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!



Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.



Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”

* Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.”

Iman 20 sen


Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.



Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabatku... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas?

Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam...

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT, AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

Semoga Bermenfaat!

(sumber daripada tazkirah.blospot.com)

Saturday, February 19, 2011

Ketua Menteri Sarawak Yang Kedua


Penghulu Tawi Sli, 54 tahun mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang kedua di hadapan Gabenor Sarawak Tun Abang Haji Openg di Astana Sarawak Kuching pada 24 September 1966. Penghulu Tawi Sli merupakan Ketua Menteri Sarawak yang kedua selepas Stephen Kalong Ningkan. Sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak, beliau memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Undangan Negeri yang mewakili parti PESAKA sejak pilihanraya 1963.

Beliau dilahirkan di Lingga dalam Bahagian Kedua Sarawak pada tahun 1934, dan merupakan seorang yang berpengalaman luas. Beliau juga pernah bertugas sebagai guru, pegawai kerani, penulis petisyen dan pada tahun 1963 beliau dilantik sebagai Penghulu Simanggang. Perlantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru dalam tahun 1966 tidak syak lagi memang kena pada tempatnya memandangkan pengalaman, ketokohan dan sikap sederhana beliau dalam berpolitik.

Penghulu Tawi Sli memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak sehingga 1970. Beliau mengundur dari arena politik pada tahun 1974 dan menceburi bidang perniagaan selepas itu.

Ketua Menteri Sarawak Yang Pertama



Ketua Menteri Sarawak yang pertama ialah Datuk Stephen Kalong Ningkan (1920-1997). Beliau mula menjawat jawatan Ketua Menteri Sarawak bermula 22 Julai 1963 sehingga September 1966 selepas pembentukan negara Malaysia pada 19 September 1963. Beliau menang besar dalam Pilihan raya 1962 dan membolehkannya dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pertama. Pada tahun 1963, jajahan-jajahan British di Asia Tenggara iaitu Sarawak, Sabah dan Singapura serta Persekutuan Tanah Melayu bergabung untuk membentuk negara Malaysia.

Datuk Stephen Kalong Ningkan lahir pada Ogos 1922 di Betong, Bahagian Kedua Sarawak - Simanggang (kini dinamakan Sri Aman). Beliau berketurunan Iban dan boleh berbahasa Cina. Belajar hanya di Sekolah St Augustine dan bekerja sebagai atenden hospital syarikat Shell di Kuala Belait, Brunei Darussalam untuk beberapa tahun. Kepimpinannya menyerlah apabila menjadi pengerusi Kelab Dayak Shell ketika bekerja di sana. Beliau menjadi pengasas/pengerusi Persatuan Dayak Sarawak dari 1958-1960.

Beliau kembali ke Betong dan menubuhkan Sarawak National Party (SNAP) pada 10 April 1961 di Betong. Stephen Kalong menjadi Setiausaha Agung. Tokoh pengasas lain ialah T.S. Tinker (Pengerusi), Edward Howell, Edwin Howell, Ivory Kedit, Mathew Dana Ujai, David Lawrence Usit, Nyipa Julin and Lionel Bediman anak Ketit.

Bagaimanapun, Datuk Stephen Kalong menolak cadangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk gabungan Sarawak, Sabah, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Beliau mempunyai pengaruh yang kuat di Sarawak terutama peribumi kaum Dayak. SNAP menang banyak kerusi dan beliau dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak selepas pilihanraya umum 1962. Beliau juga memainkan peranan penting untuk membentuk gabungan Perikatan Sarawak dan menyandang jawatan Setiausaha Agung.

Gelora politik Bumi Kenyalang semakin kuat sejak 1963 lagi. Lee Kuan Yew dari Singapura cuba untuk menggabungkan Sabah dan Sarawak. Pada 9 Ogos 1965 Singapura dikeluarkan dari Malaysia untuk mengurangkan majoriti kaum Cina di Malaysia, Sabah dan Sarawak mungkin ingin turut keluar dari Malaysia. Mahkamah memutuskan perlucutan jawatan Ketua Menteri Sarawak bergantung kepada sama ada beliau mewakili perwakilan majoriti di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Akhirnya mahkamah memutuskan Stephen Kalong Ningkan hilang majoriti dan populariti. Stephen Kalong Ningkan merujuk Gabenor Sarawak (sebelum diubah kepada Yang diPertua Negeri Sarawak) ke mahkamah kerana tidak setuju dengan Gabenor. Mahkamah menyebelahi beliau dan beliau dilantik semula sebagai Ketua Menteri Sarawak. Dalam kes tersebut, bukti sokongan hanya diberikan dalam bentuk surat, tetapi ia tidak ditandatangan oleh kesemua yang namanya tertera dalam daftar diberikan. Malah salah seorang yang dikatakan menandatangani surat, hanyalah dalam bentuk cop.

Tidak puas hati dengan keputusan mahkamah, beberapa pemimpin PESAKA, BERJASA dan PANAS pergi ke Kuala Lumpur dan mendesak pemimpin Persekutuan mengadakan persidangan Parlimen agar Perlembagaan Sarawak diubah. Pemimpin tersebut ialah Thomas Kana (Setiausaha Agung PESAKA), Temenggong Jugah (Presiden), Sidi Munan (Setiausaha Tuemenggong Jugah) dan Alfred Mason (Setiausaha peribadi Temenggong Jugah). SNAP menuduh mereka telah digunakan oleh Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud bagi menjatuhkan Ningkan. Dengan itu bolehlah darurat diisytiharkan di Sarawak. Gabenor mengirim surat kepada Stephen Kalong Ningkan supaya mengundurkan diri dan jika masih tidak mengundurkan diri, maka beliau dianggap meletakkan jawatan secara automatik.

Pada 14 September 1966, Yang Dipertuan Agung Malaysia telah mengisytiharkan darurat di Sarawak demi keselamatan dan kesejahteraan negeri tersebut. Stephen Kalong Ningkan merujukkan kesnya ke Privy Council di London iaitu mahkamah paling tinggi untuk rujukan pada ketika itu.

Datuk Penghulu, Tawi Sli dari Simanggang, seorang bekas paderi (pastor) dan guru telah dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pada 24 September 1966 bagi menggantikan Stephen Kalong Ningkan dan menyelamatkan Sarawak daripada krisis politik.

Friday, February 18, 2011

Lelaki Yang Dijanjikan Syurga



Pada suatu malam Nabi s.a.w telah memperkenalkan seorang lelaki penduduk asal kota Madinah.Wajah lelaki itu amat bersih serta janggutnya disisip begitu rapi.

“ Malam ini saya ingin memperkenalkan salah seorang calaon penghuni syurga” kata Nabi sambil menoleh ke arah lelaki itu.

“Lelaki ini adalah calon penghuni syurga” kata Nabi s.a.w kepada sejumlah sahabat yang ada setelah sembahyang Isyak. Antara sahabat yang hadir pada malam itu Anas bin Malik dam Abdullah bin Umar.Mereka begitu tertarik untuk menyelidiki ibadat lelaki itu. Mereka tertanya sesama sendiri mengapa lelaki itu ditunjukkan. Dan apakah jenis ibadat yang telah dilakukannya sehingga belum lagi dia wafat dia telah dipastikan akan masuk syurga.

Lelaki itu bukanlah seorang alim. Malah ibadatnya biasa saja. Dan tidak pula terlihat hal-hal istimewa pada dirinya selama ini. Malahan, ketika Nabi s.a.w memperkenalkannya tadi dia telah bersiap-siap hendak pulang ke rumah.Adakah Rasulullah hendak bergurau? Mustahil baginda berkata sesuatu andaikata baginda tidak mendapat wahyu.Maka ucapan Nabi pada malam itu pastilah berdasarkan wahyu dari Ilahi. Sebab hanya Ilahi asajalah yang berhak menentukan seseorang manusia itu masuk syurga atau neraka.

Dan yang lebih mengkagumkan para sahabat terhadap lelaki itu ialah kerana bukan malam itu sahaja Nabi menyatakan lelaki itu sebagai calon penghuni syurga.
Malah keesokan paginya apabila Nabi bertemu dengan para sahabat dia akan tetap menyatakan perkara yang sama.

Maka Abdullah bin Umar semakin ingin menyelidiki ibadat lelaki itu. Adakah lelaki itu cuma berlagak seperti orang biasa di masjid dan di rumahnya dia selalu beribadat kepada Allah s.w.t. Dan adakah dia begitu tulus sehingga tak sedikit pun daripada ibadatnya boleh diketahui orang.

Dan Abdullah bin Umar pula tak sanggup menahan keinginannya, apabila Nabi sekali lagi memperkanalkan lelaki itu sebagai calon ahli syurga.Setelah selesai mengerjakan sembahyang Isyak pada malam itu Abdullah bin Umar mengikut lelaki itu dari belakang keluar dari masjid. Lelaki itu berasa hairan melihat telatah Abdullah lantas dia pun bertanya:

“Saya ingin menginap di rumah saudara malam ini.Apakah saudara sudi menerima saya sebagai tamu selama tiga malam”, tanya Abdullah.

“Sungguh besar hati saya kerana saudara sudi bermalam di rumah saya” sahut lelaki itu kehairanan.

“Apakah saudara benar-benar hendak bermalam di rumah saya” tanya lelaki itu lagi untuk mendapatkan kepastian.

“Sungguh, memang saya ingin bermalam di rumah saudara. Rasullulah telah memperkenalkan saudara sebagai orang yang paling baik. Dan saya ingin mencontohi ibadat saudara kerana saya pun ingin masuk syurga”, jawab Abdullah.

“Tapi, saya tidak ada ibadat lain selain dari apa yang saudara saksikan” jelas lelaki itu lagi.

“Tapi saya ingin menginap di rumah saudara.”

“Kalau begitu silalah ke rumah saya” balas lelaki itu lagi.

Abdullah bin Umar yakin dia akan menyelidiki ibadat lelaki itu. Sebaik sahaja dia sampai di rumah lelaki pada malam itu, dia terus meminta izin untuk tidur lebih awal.Ini kerana dia hendak mengintip ibadat lelaki tersebut. Dia berpura-pura tidur tetapi dia sendiri tidak mengantuk. Dia tetap mengintai dan memasang telinganya secara berhati-hati.

Menurut Anas bin Malik, Abdullah telah mengintip lelaki itu tiga hari tiga malam tanpa tidur, tetapi tidak ada suatu pun istimewa yang dilihatnya.Lelaki itu tidak pernah berzikir, membaca Quran bahkan dia juga tidak bangun bersembahyang tahajud yang sangat disukai Rasulullah.

Pada malam pertama sejak Abdullah membaringkan diri, lelaki itu turut baring di sebelahnya. Tetapi semasa Abdullah berpura tidur dilihatnya lelaki itu telah benar nyenyak.

Tetapi tatkala dia terjaga tengah malam saya perhatikan apa yang dilakukan oleh lelaki itu,” kata Abdullah bin Umar.

“Apa yang saudara saksikan” tanya Anas.
Sangkaan saya meleset, saya sangka dia akan melakukan pelbagai ibadat rupanya dia cuma bangun sekadar membalikkan badannya dan setelah itu dia mengucapkan “Ya Allah” kemudian dia tidur semula’ jawab Abdullah.

“Pada malam kedua bagaimana” tanya Anas lagi.
“Pada malam kedua pun dia terbangun tengah malam dan setelah menyebut nama Allah dia kembali tidur semula.”

“Dan malam ketiga pula bagaimana” tanya Anas inginkan kepastian, “Malam ketiga pun dia tidak melakukan apa-apa, tidak ada bezanya diantara malam pertama dan kedua,”
Tapi Abdullah bin Umar menduga boleh jadi lelaki itu tidak melakukan pelbagai ibadat kerana jiwanya teramat ikhlas.Maka sebelum dia meninggalkan rumah lelaki itu, Abdullah pun bertanya:

“Wahai saudaraku, saya ingin sekali mengetahui ibadatmu.Sudilah kiranya saudara menerangkan hal-hal yang boleh pula membawa saya ke syurga,”

“Tidak ada ibadat saya selain daripada apa yang saudara saksikan” jawab lelaki itu bersungguh-sungguh.

Setelah mendengar jawapan lelaki itu, Abdullah pun tidak bertanya lagi. Setelah itu dia pun mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu kerana telah sudi menerimanya sebagai tetamu selama tiga malam.Tetapi sebelum Abdullah pergi dari situ, lelaki itu memanggilnya seraya berkata:

“Saudara ..memang tiada ibadatku selain daripada apa yang saudara saksikan dengan mata dan kepala saudara sendiri.Tetapi di samping itu, saya tidak pernah iri hati terhadap sesiapa pun, jelas lelaki itu ringkas.

Merah padam muka Abdullah bin Umar mendengar pengakuan lelaki itu. Sikapnya selama tiga malam berturut-turut jelas memperlihatkan betapa iri hatinya dia terhadap lelaki tersebut.

Dia meminta maaf kepada lelaki tersebut dan berjanji akan mempertingkat bukan sahaja ibadat malah sikapnya itu sendiri yang masih lemah. Dia juga gembira kerana turut mendapat pengajaran yang sangat berguna pada hari itu.

Lelaki itu dijanjikan Allah syurga hanya kerana satu alasan, dia langsung tiada perasaan iri hati dan buruk sangka kepada orang lain.

Jadi, bagaimana dengan diri kita? Fikir-fikirkan...dan selamat beramal.

[sumber dari mikail90.blogspot.com & syok.org]

Thursday, February 17, 2011

MedCo Bloggers

Salam sejahtera....

Untuk kali nie aku nak memperkenalkan (introducing) beberapa rakan blog aku...diaorang nie tengah-tegah berjinak-jinak dengan blog (walaupun kita tau yang blog nie memang jinak pun...hehehe). Diaorang nie semua rakan kaki blog aku kat opis. Jom tengok...



Dari kiri gambar kat atas tu nama glamournya Duan, seorang kaki blog 'sangkut-sangkut', mempunyai semangat yang berkobar-kobar (silap-silap boleh bakar rumah semangat dia nih!) untuk membangunkan blog (walaupun sangkut-sangkut). Untuk blogging, dia punya satu partner blog yang bernama Mahathir...sori pok, sekdo gambar dlm tok...tunggu next version la...hehehe. Kalo nak tengok blog diaorang nie boleh layan kat sini, http://onereday.blogspot.com/ dan nama blog diaorang nie bernama ONEDAY.

Sebelah Duan tu aku lah...yang korang tengah layan blog aku nie ler...takyah aku nak komen banyak-banyak...korang layan je blog aku nie....

Yang tersenyum lebar (entah apa yang dia pikir time tu...) pulak nama penuhnya Aswandy...nama tak penuh Wandy...bukan Wendy ok! Seorang kaki blog yang ringan-ringan...tapi sekarang dah banyak jugak yang berat-berat info dia bagi...tak tau tang mana beratnya tu...kalo nak tengok berat ke tak berat blog dia, meh layari http://aswandyrosly.blogspot.com/ dan blognya bertajuk...ermmm nama dia jugaklah ASWANDYROSLY.blogspot.com.

Yang last sekali, tak berapa nampak muka sangat, cuma nampak lobang hidung dia aje....namanya Hasmadi...korang boleh call dia Has, atau Madi, atau Hasmadi...pilih mana je korang suka...jangan pangil dia toge udah ler...hehehe. Kaki blog yang rakus dengan info-info sama info baru atau lama, dia sembat aje. Namun pencapaian terbaik ialah seringkali meng'update' blog dia lah...itu pencapaian terbaik dia...blog yang banyak artikel berguna dan terdapat juga info santai....jom terjah blog dia kat http://mykampong-hasdin.blogspot.com/ dan blog dia berjudul Hasdin.blogspot.

MEDCO adalah jenama official bagi kitaorang dalam mana-mana acara dan aktiviti. So, jangan heran la...itu trademark kitaorang ok! Ha, begitulah serba sebanyak info tentang group blogger kitaorang.....harap layan ok.

Bagi sapa-sapa nak free introduce kat blog aku...just sound aku, nanti aku introduce kat dunia maya ini...hehehe. Setakat itu yang aku mampu...adios amigooo....

Wednesday, February 16, 2011

Kuching EXTRA: Masjid Jamek Negeri Sarawak




MASJID Jamek Negeri Sarawak dirasmikan pembukaannya oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohammad Noor pada 16 Rabiulawal 1411 Hijrah bersamaan 5 Oktober 1990.



Masjid Jamek Negeri Sarawak terletak di Petrajaya, berhampiran dengan Pustaka Negeri Sarawak, Kelab Golf Sarawak, Stadium Sarawak dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Masjid ini diuruskan oleh Lembaga Amanah Masjid Negeri Sarawak (LAMNS) bagi memudahkan segala aktiviti berlangsung dengan lancar dan teratur.



Pada masa kini, masjid ini bukan sahaja menjadi tempat beridadah semata-mata tetapi menjadi pusat kepada beberapa organisasi dan aktiviti. Antara organisasi yang menjadikan masjid ini sebagai lokasi utama ialah Ma'had Tahfiz Tun Abdul Rahman Yaakub (MATTARY) dan juga Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Yakub (TATTARY). Bagaimanapun, kedua-dua organisasi ini akan berpindah setelah bangunan tetap ma'had dan tadika tahfiz itu siap pada tahun ini.



Antara aktiviti yang diadakan di masjid ini antaranya kuliah subuh dan maghrib, tuisyen matapelajaran sekolah rendah (setiap Ahad hingga Selasa), kelas mengaji Al-Quran bagi pelajar sekolah rendah(setiap Rabu hingga Jumaat) dan beberapa aktiviti-aktiviti penting dan secara tahunan seperti sambutan maal hijrah, bulan ramadhan, sambutan maulidur rasul dan lain-lain lagi.



Masjid ini mempunyai sebuah menara setinggi 99 meter yang melambangkan 99 nama Allah SWT dan bentuk strukturnya yang seakan-akan bintang pula melambangkan pancaran Islam ke seluruh negeri Sarawak. Masjid ini mampu menempatkan seramai 14,000 orang jemaah pada satu-satu masa.


Monday, February 14, 2011

Kuching EXTRA: Taman Orkid Kuching

Kali nie aku nak berkongsi satu lagi tempat menarik yang terdapat di bandaraya Kuching iaitu Taman Orkid Kuching. Ianya terletak Petrajaya, bersebelahan dengan kediaman TYT Negeri Sarawak dan tidak jauh dari Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru.


Di taman ini banyak menanam pelbagai jenis orkid sama ada jenis tempatan mahupun dari luar negara. Orkid ditanam dan dijaga dengan sempurna, terdapat juga orkid yang ditanam menggunakan teknik-teknik tertentu bagi mendapatkan kualiti orkid yang baik.


Taman orkid ini tidaklah beberapa besar tetapi cukup indah dengan kepelbagaian orkid yang terdapat didalamnya. Ada yang berwarna ungu, merah, putih dan lain-lain lagi yang mewarnai taman ini.

Bagi penggemar orkid, sudah tentu ianya satu peluang yang tidak boleh dilepaskan ketika berkunjung di Kuching. Para penggemar tentunya akan mendapat ilham yang baru bagi mencantikkan lagi kediaman atau kawasan rumah mereka.


Apa yang menarik lagi, taman orkid ini tidak menggenakan sebarang bayaran. Masuk adalah percuma. Di taman orkid ini juga menyediakan gerai makanan dan minuman disamping menjual barangan yang berkaitan dengan orkid.


Jadi, jika berkunjung ke Kuching jangan lupa untuk datang ke sini.

Soal Jawab Berkenaan Hukum Mengambil Gambar



Saya membuat perkerjaan mejadi jurugambar perkahwinan separuh masa. Dalam proses itu ada terdapat pengantin perempuan yg tidak memakai tudung/mendedahkan aurat rambutnya semasa proses bersolek oleh mak andam. Pengantin berkehendakkan saya mengambil gambar gambar nya disolek oleh mak andam. Kemudian selepas pengantin siap bersolek, dia akan memakai tudung penuh menutup aurat untuk upacara akad nikahnya dan perkahwinannya.

1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yg sedang disolekkan yg tidak menutup rambut kerana dia diminta oleh pengantin perempuan?

Jawapan: Hukum alat at-Tasweer (fotografi) adalah mubah di sisi jumhur (Dr al-Qardhawi dalam Halal dan Haram, Syaikh alBukhit, Mantan Mufti Mesir (aljawab asSyaafi), manakala Haram di sisi haiah Kibr ulama' Arab Saudi dan Imam alMuhaddith alAlbani rh dari Syria.

Mengikut Dr al-Qardhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada Objek fotografi atau objek yg di ambil oleh fotografi itu. Jika gambar yg diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. begitu juga gambar perempuan yg membuka auratnya.

Hukum yg kedua: hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yg darurat (spt perubatan bg seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yg mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. permintaan pelanggan bukanlah alasan utk mengharuskan yg haram.




2) Apakah rezeki yg saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?

Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqih: al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih: Ma haruma isti'maaluh, haruma ittikhaazuh (yg haram penggunaannya, haram pula memperolehnya) (Muhamamd alZarqa', syarah qawaid/389)


3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar gambar pengantin perempuan yg menutup aurat penuh? Adakah rezeki yg diterima itu halal?

Jawapan: Halal. Ia kembali kpd hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezki dari foto-foto yg halal.


4)Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yg tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yg diambil pengantin wanita yg menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yg tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). COntohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa etc)

Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salaf assoleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis asySyarif, Hadis no 6 dalam Matn arba'een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam syarf anNawawi) dari Nu'man bin Bashir yg dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim,"



"Sesungguhnya yg Halal itu jelas, yg haram itu jelas dan di antara kedua-nya banyak perkara syubhah (samar2) yg kebanyakan manusia tidak mengetahuinya." Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram. ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yg syubhah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat toleran kepada yg haram dan syubhah. Dia hanya mengutamakan Halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: "Allah sekali-kali tidak menjadikan bg seseorang dua buah hati dalam rongganya." AQ 33:04 Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yg halal sahaja dan menjauhi syubhah apatah lagi yg haram dalam urusan hidupnya. Bagaimana solusinya: Anda hendaklah ada rakan kongsi perempuan atau mungkin isteri anda sendiri yg ditugaskan mengambil gambar2 belakang tabir itu.

* Islam tu mudah tapi jgn ambil mudah pasal Islam

* mencari yg halal itu wajib bagi umat Islam

Disini saya ingin berpesan kepada sahabat sahabat sekalian... Dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan itu harus dititik beratkan hukum agama... Jangan disebabkan inginkan keuntungan didunia kita rugi di akhirat kelak... Insyaallah...

[sumber daripada syok.org]

Katakan TIDAK kepada VALENTINE'S DAY

Tarikh 14 Februari sering menjadi bualan dan dinanti-nantikan oleh pasangan remaja yang bercinta. Tanggal tersebut seoalahnya menjadi hari terbaik bagi mengungkapkan rasa kasih sayang antara pasangan kekasih. Amalan ini bagaikan sudah meresap dalam masyarakat kita hari ini. Media tempatan juga menjadikan hari Valentine sebagai satu perayaan yang perlu disambut dan diraikan pada setiap tahun. Pelbagai rancangan dan program diadakan bagi meyemarakkan hari Valentine ini.

Valentine dalam sejarahnya jelas berkait dengan budaya Kristian yang menyatakan Hari Valentine bermula dengan kisah kematian seorang Paderi yang digelar St. Valentine. St Valentine dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang diberi nama Raja Claudius pada 269 hingga 270 Masihi.



Kisah pembunuhan itu menyebabkan St. Valentine diabadikan sebagai tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dalam menghadap cubaan hidupnya. 14 Februari lantas diangkat oleh masyarakat Kristian sebagai upacara keagamaan dalam memperingati St. Valentine yang mati dibunuh.

Terdapat juga pendapat lain yang mengaitkannya Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia daripada gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat lain mengatakan Valentine ini dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Pendapat keempat pula menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.



Ken Swiger dalam artikelnya Should Biblical Christians Observe It? pula menjelaskan, kata "Valentine" berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud, "Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Maha Kuasa". Kata ini ditujukan kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan orang Romawi".

Tanpa disedari, ketika kita meminta orang menjadi 'to be my Valentine', bermaksud kita meminta orang menjadi 'Sang Maha Kuasa'. Perbuatan ini jelas membawa kepada perbuatan syirik dengan menyamakan makhluk dengan Allah. Selain itu, ikon si Cupid (bayi bersayap dengan panah) yang sering digunakan semasa hari Valentine adalah putra Nimrod "the hunter" iaitu dewa matahari.

Semangat Valentine ini jelas bertentangan dengan simbol-simbol syirik yang hanya membawa kepada rosaknya akhlak remaja. Perbuatan meraikan hari Valentine ini sememangnya bercanggah dengan syariat Islam kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama Kristian yang boleh merosakkan akhlak.

"Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." Hadis Direkodkan oleh Imam Abu Dawud.



Peniruan budaya barat ini yang jelas terpesong daripada akidah Islam ini salah di sisi agama Islam. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah dalam Surah Al-Kafirun, ayat 1 hingga 6 yang bermaksud, "Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku."

Menyedihkan apabila terdapat segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati bagi mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya. Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syarak kerana ianya menyumbang kepada berlakunya perkara maksiat dan zina.

Firman Allah dalam Surah Al-Israa ayat 32 menjelaskan, "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan."



Sikap orang Islam terutamanya generasi muda berbangsa Melayu di Malaysia yang menyambut Hari Valentine hanya bertujuan untuk meniru budaya yang diambil dari barat. Bagi mereka budaya barat yang yang diamalkan mencerminkan corak hidup yang sesuai pada zaman yang serba moden ini. Maka, kita melihat generasi muda Melayu berebut-rebut mengamalkan gaya hidup orang barat seperti mentatu tubuh, mewarnakan rambut, memakai pakaian yang menjolok mata, mengamalkan pergaulan bebas, mengunjungi disko-disko yang dihidangkan minuman keras dan lain-lain lagi.

Islam sendiri memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, keluarga, sahabat dan sesama masyarakat boleh diterapkan setiap hari bagi mendapat perlindungan dan rahmat daripada Allah

(Sesunguhnya manusia itu sentiasa lalai dengan godaan syaitan dan nafsu. Pulanglah kepada Allah s.w.t kerana keimanan dan ketakwaan merupakan senjata utama dalam diri.)

~~Sampaikan dan laksanakan kebenaran walau satu ayat.

[sumber daripada Syok.org]

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Esok umat Islam di seluruh dunia akan menyambut hari keputeraan junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Hari keputeraan baginda merupakan hari yang penuh makna dan besar dari segi pengertian serta pandangan Islam kerana junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah insan yang paling mulai di sisi Allah SWT. Apa yang ingin saya kupas adalah kisah keliharan Nabi SAW yang menunjukkan betapa mulianya baginda sehingga Allah menurunkan petanda-petanda istimewa untuk meraikan kelahiran baginda.



Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelusuk alam semesta. Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahwa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam. Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan saja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu kejadian luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada seorang nabi

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini karena masih banyak lagi rahasia yang belum terungkap. Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bundanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui berita dari malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah disekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga hewan-hewan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentara bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentara bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.



Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.” Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi derajatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman. Semasa baginda dilahirkan, bundanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan. Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bundanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik”. Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah.

Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk. Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerusakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.”



Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi. Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya. Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

Begitulah keistimewaan yang Allah kuniakan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW sebelum, semasa dan selepas kelahiran baginda yang menunjukkan baginda adalah seorang rasul yang tinggi darjatnya disisi Allah SWT.

Wallahu'alam.

[catatan daripada Syok.org]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...