Monday, March 28, 2011

Aku & TV3...

Hah...ini first time aku kena interbiu oleh pihak TV3. Last 2 week, aku kena interbiu oleh wartawan UMNO Online semasa hadir kat program "Mari Bertemu Mari Berhubung" bersama rakan Facebook PM di DUN Negeri Sarawak Lama.



Kali ini pulak, rezeki kat kedai makan Swee Kang Ais Kacang kat Jalan Hj Taha Kuching, tengah layan air "White Lady" selepas sembahyang Jumaat...wartawan Pang Chinn Fei dan jurukamera TV3 pulak tengah buat rakaman untuk program "Sayang Sarawak". So, diaorang pun interbiu la beberapa orang yang tengah makan kat situ termasuklah aku dan kawan aku....tup-tup keluar muka aku je...dah kena edit la tu kot...dah on-air pun semalam segmen tu....

Friday, March 25, 2011

Selamat Pengantin Baru Buat AZLINA!

Tahniah buat rakan sekerja ku AZLINA ABDUL AZIZ kerana telah melangsungkan perkahwinannya dengan pasangan AMIRUL yang telah berlangsung paa 20hb Mac yang lepas. Semoga perkahwinan anda berdua mendapat rahmat Allah dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Layarilah bahtera perkahwinan dengan penuh rasa tanggungjawab, rendah hati serta sabar dalam menempuh cabaran di alam rumah tangga.....

Sesi Terjah I-City Shah Alam!


Indahnya I-City Shah Alam pada waktu malam, dimandikan cahaya LED yang dianggarkan sebanyak 1 juta unit mengikut data yang diberikan oleh pengurusan di situ. Kebetulan aku dan famili berada di ibu negara untuk bercuti, kesempatan ini kami pergi terjah la kat I-City Shah Alam...kalau tak silap kat seksyen 7 Shah Alam.


Sampai kat situ, kami pun ambiklah gambar banyak-banyak buat kenangan. Kalau dari segi keluasan, agak luas jugak le tempat nie....orang yang datang pun ramai. Opps, sebelum aku lupa, masuk kat sini dikenakan caj sebanyak RM10 setiap 1 bijik kereta (kalau tak silap aku le, aku pun dah lupa...arrrrggghhhh)...yang naik motosikal aku tak tau....parking untuk kereta dan motosikal disediakan.


Selain daripada lampu LED yang cantik dan menawan, I-City jugak menyediakan tempat permainan atau arcade centre untuk budak-budak mahupun bapak budak bermain....selain daripada itu jugak, sapa-sapa yang nak ambik pengalaman untuk bermain salji juga turut disediakan disini...untuk masuk rumah salji akan dikenakan bayaran masuk. Tak ingat berapa diaorang caj sebab aku tak masuk....



Kalau tak silap aku, lampu-lampu kat I-City nie dibuka bermula jam 6 petang sehingga 3 pagi. So, sapa-sapa yang belum datang bolehlah pegi ronda-ronda kat sini.

Mari Berjumpa Mari Berhubung Bersama PM


Saya berasa bertuah kerana diberi kesempatan dan terpilih dalam ramai-ramai rakan facebook dan twitter PM, untuk menghadiri Program Mari Berjumpa Mari Berhubung Bersama Perdana Menteri Malaysia. Hanya 250 orang sahaja yang terpilih untuk program tersebut yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri Lama di Kuching, Sarawak pad 19 Mac yang lepas. Program ini memberi peluang kepada rakan online PM untuk beramah mesra secara lebih dekat lagi.



Program yang bermula jam 8.45 pagi dan berakhir kira-kira jam 10 pagi. Oleh kerana PM mempunyai program yang padat pada hari tersebut, hanya 4 soalan sahaja yang dapat diajukan oleh rakan online kepada PM. Selepas program pagi itu, PM terus ke Serian bagi berjumpa dengan kira-kira 6000 rakyat di Serian.



Saya sendiri tidak berkesempatan untuk mengajukan soalan, namun sekiranya berpeluang saya akan bertanyakan tentang kerjaya politik beliau. Bagaimana beliau menguruskan segala tanggapan dan tomahan yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu bagi memburukkan reputasi beliau.....lebih kurang begitulah soalannya....namun apakan daya, tak sempat & tak cukup masa...walaupun begitu, saya juga telah ditemuramah oleh wartawan online dari laman web UMNO Online!


Apa-apa pun saya berpuas hati dengan program tersebut. Harap-harap ada lagi program sebegini di Kuching atau di Sarawak, di lain kali di lain masa di ain ketika.....

Tuesday, March 22, 2011

Berapa Lama Jangka Masa Kita Nak Khatam Al-Quran

Diriwayatkan daripada Abu Umamah ra, katanya:

Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.”

Jadi berapa lamakah masa yang kita ambil untuk khatam atau hafaz 30 juzuk Al-Quran? Cuba lihat jadual dibawah…



Hurmm~ Itulah dia… Kalau kita terlampau sibuk sekali pun, sekurang-kurangnya kalau kita baca 1 ayat Al-Quran setiap hari, maka dalam 17 tahun akan datang, Insya’Allah kita akan khatam juga. Tapi kalau ya pun, takkan lah nak baca 1 ayat jer, ye tak? Paling kurang pun kalau kita baca 1 atau 2 mukasurat setiap hari dengan istiqomah, sekurang-kurangnya dalam masa setahun, kita sudah pun boleh khatam Al-Quran…

Tidak mengapalah kalau kita Baca Al-Quran Tapi Tak Faham Apa Pun, kerana membaca Al-Quran itu saja pun, sudah boleh Di Jadikan Penenang Jiwa… Tapi kalau faham, lagi bagus!

Dibawah ini saya sediakan juga tips-tips yang boleh kita ikuti untuk Menghafaz Al-Quran. Semoga ianya boleh dijadikan panduan kepada diri saya, dan kepada sesiapa saja yang bercadang untuk cuba Menghafaz Al-Quran…

TIPS MENGHAFAL QURAN

* Mestilah dimulakan niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah.
* Menggunakan naskhah al Quran yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat rujukan (semakan bacaan). ini bertujuan mengelakkan kekeliruan tempat (kedudukan) ayat yang dihafaz. temoat ayat atau posisi memainkan peranan penting dan amat berpengaruh dalam memberi kesan kepada hafazan anda.
* Gunakan naskhah al Quran mushaf Uthmani kerana kedudukan, sruktur, dan susunan ayat nya di atur dalam bentuk yang mudah untuk dihafaz, dirujuk, dan di ingati.
* Ayat atau surah yang hendak di hafal hendaklah di lancarkan bacaanya terlebih dahulu. pastikan tajwidnya dengan betul. sebagai contoh hendak hafal surah ali-imran. mulakan dari muka surat yang pertama surah tersebut. lancarkan muka surat yang pertama itu dahulu.
* Bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul-betul lancar. pastikan tidak mula menghafaz ayat sebelum bacaan betul-betul lancar kerana ini akan menjadikan anda mudah lupa semula ayat tersebut dan mungkin juga mengakibatkan hafalan anada bercelaru.
* Mulakan hafalan dari ayat ke ayat. pastikan hafazan mengikut langkah. hafaz dahulu ayat yang pertama sehingga hafaz (baca ayat pertama berulang-ulang kali sebagai satu cara menghafaz yang baik), barulah berpindah ke ayat yang kedua. kemudian hafaz ayat ke kedua , ulang balik dari ayat yang pertama. kemudian baru masuk ayat yang seterusnya.
* Pastikan ada kawan atau ustaz yang dipercayai ilmu tajwidnya dan baik bacaannya untuk anda tasmi’ (memperdengarkan atau semak) bacaan dan hafazan anda.
* Amalkan membaca ayat-ayat yang telah anda hafaz dalam solat-solat yang anda lakukan. banyakkan solat sunat sebagai satu cara yang baik bagi melatih bacaan ayat-ayat yang telah dihafaz. ini bertujuan membiasakan ayat-ayat yang telah di hafaz ke dalam amalan harian anda.
* Amalkan membaca ayat-ayat Quran yang telah anda hafaz di mana-mana sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati atau mulut. contohnya, ketika menunggang motorsikal, ketika termenung, ketika hendak tidur, dan lain-lain yang di fikirkan baik. hal ini akan menambahkan lagi keupayaan anda untuk anda mengingati ayat-ayat hafazan tersebut.
* Amalkan memakan manisan seperti kurma atau madu bagi tujuan menguatkan daya ingatan.
* Jauhi amalan maksiat. jaga bicara lidah, jaga kewajipan dan adab sebagai muslim.
* Tanamkan semangat yang kuat untuk menghafaz bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. cuba hafaz sebanyak mungkin. InsyaALLAH sehingga hafiz. walaupun memakan masa yang lama.
* Banyakkan memohon doa kepada ALLAH supaya di permudahkan hati dan minda untuk menerima al Quran.
* Pilih waktu yang sesuai untuk menghafaz. sebagai contoh, waktu selepas solat fardhu. utamakn SEBELUM WAKTU SUBUH atau SELEPAS SUBUH kerana waktu ini tenang dan damai. pastikan waktu yang anda gunakan untuk menghafaz adalah istiqamah.
* Tidak perlu menghafaz secara terburu-buru. biar sedikit-sedikit, asalkan istiqamah dan berkesan.

Tips Hafaz Al-Quran dirujuk dari;
ILuvIslam

Sunday, March 13, 2011

Video Tsunami Membadai Jepun

Kejadian gempa bumi berskala 8.9 Richter telah melanda Jepun dianggap yang terburuk sejak 300 tahun yang lalu. Kejadian berlaku tepat jam 2.46 waktu tempatan (kira-kira 1.46 waktu Malaysia) selama 2 minit dan setakat ini telah mengorbankan 1000 nyawa. Akibat daripada gempa bumi tersebut, kejadian tsumani telah berlaku dibeberapa kawasan di Tokyo dan beberapa negara turut sama terkena tempias tsunami tersebut.

Friday, March 11, 2011

Kelebihan Pelaburan Emas Berbanding ASB dan Unit Amanah

Kenaikan harga emas yang konsisten setiap hari mungkin menarik minat ramai pelabur untuk memilih emas sebagai salah satu pilihan didalam portfolio pelaburan mereka, pelaburan yang sihat adalah pelaburan pada jangka masa sederhana dan panjang, walaupun harga emas naik secara berterusan, ia sebenarnya tidaklah memberi pulangan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat kecuali keajaiban secara tiba-tiba berlaku (krisis, bencana, perang , kekurangan minyak, kejatuhan ekonomi US, biasanya akan menaikkan harga emas) , seperti juga pelaburan ASB, unit amanah atau Bank Rakyat, pelaburan emas memerlukan suatu tempoh masa untuk ia naik dan boleh dijual bagi mendapat pulangan yang lumayan. Jika disimpan selama mungkin pun, harga emas akan kekal naik.

Pelaburan pasif yang lain seperti ASB, Tabung Haji ataupun di Bank Rakyat adalah bentuk pelaburan yang popular di Malaysia. Rata-rata mereka yang berduit mempunyai akaun didalam setiap pelaburan yang disebut diatas. Kami di hargaemas cuba membawa anda untuk satu pilihan/option/medium pelaburan yang sebenarnya sudah lama tetapi semakin popular dari sehari ke sehari ia itu BELI, SIMPAN dan JUAL EMAS.

Sebelum anda berfikir untuk memulakan pelaburan emas, selidik dahulu berapa simpanan anda ada sekarang, lihat simpanan di akaun ASB, di tabung haji dan pelbagai pelaburan yag lain dan tuliskan di kertas “saya ada RM________ di ASB, saya ada RM_______ di Tabung Haji dan saya ada RM ______ di Unit Amanah, bagi mengetahui berapa simpanan semasa anda. Setelah meneliti simpanan yang ada, baru anda boleh tentukan berapa cash anda boleh melabur didalam emas.

Seterusnya kita bandingkan pulangan bagi setiap pelaburan

1) Tabung Haji – pelaburan di Tabung Haji memberi pulangan dividen sekitar 4-5% setahun, diluluskan oleh syara’ dan mudah untuk potongan gaji, boleh dikeluarkan pada bila2 masa waktu bekerja dan sebagai persedian untuk melaksanakan ibadah haji bagi org muslim.

2) ASB – Unit amanah saham yang diuruskan oleh PNB kebiasaanya memberi pulangan dividen sebanyak 5-8% setahun, mudah untuk potongan gaji, boleh dikeluarkan pada bila2 masa waktu bekerja di banyak tempat dan ada juga bank menawarkan pinjaman untuk pelaburan ASB.

3) Bank Rakyat – Salah satu pelaburan pasif yang membeli dividen yang tinggi setiap tahun sekitar ~15% tetapi terhad dan sukar untuk menjadi ahli.

4) Unit Amanah – Pelaburan pasif dan sederhana dengan pulangan 10-15% setahun samada dalam bentuk dividen, bonus dan capital gain, memberi lebih banyak pilihan dana, diuruskan oleh konsultan untuk keluar masuk tunai dalam tempoh masa tertentu hari bekerja, dan pelabur boleh menggunakan wang kwsp untuk melabur disini.

Setelah meneliti semua bentuk pelaburan diatas dari segi pulangan, kelebihan dan sebagainya, mari kita melihat prestasi pelaburan emas sebagai salah satu pilihan didalam portfolio pelaburan pelabur.

1) Berapa pulangan/keuntungan emas setiap tahun?

One year Pelaburan Emas vs ASB vs Unit Amanah

Sepanjang 2010, harga emas naik sebanyak 34.13% setahun. Jika dilihat dari untuk tempoh masa yang lama, contohnya graf 10 tahun dibawah, harga emas adalah konsisten naik melebihi 450%.


10 year Pelaburan Emas vs ASB vs Unit Amanah

sumber: goldprice.org

Pelaburan emas adalah mudah, BELI, SIMPAN dan JUAL dimana-mana sahaja dimuka bumi, walaupun ketika krisis perang, kemarau, bencana, bank ditutup, pelabur masih boleh menjual emas untuk mendapatkan barang keperluan ataupun keluar dari rantau yang dilanda bergolak.

Berapakah bentuk pelaburan emas? Ada beberapa bentuk pelaburan emas, yang popular (1) biasanya adalah secara fizikal iaitu dengan membeli emas 999 (24karat) samada dalam bentuk rantai, jongkong, dinar ataupun wafer. (ii) Ada juga beberapa bank menawarkan pelaburan emas dalam bentuk unit, dimana pelabur boleh membeli emas dalam bentuk unit dan diberikan buku akaun.Dana pelaburan tersebut akan diniagakan mengikut harga jual beli emas semasa. Bagaimanapun pelaburan emas fizikal lebih popular kerana boleh dijual beli pada bila2 masa malah pelabur boleh meniagakan emas mereka dan ditukar hakmilik dengan mudah.

Bagaimana untuk memastikan pelaburan emas fizikal lebih selamat? Jika pelabur membeli emas dalam kuantiti yang besar, dan bimbang jika rumah dimasuki, Ada banyak bank yang menyediakan perkhidmatan Peti Simpanan Deposit dengan harga yang rendah dan mampu milik sekitar rm70/Tahun.

*credit to www.hargaemas.com.my

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...