Wednesday, February 16, 2011

Kuching EXTRA: Masjid Jamek Negeri Sarawak




MASJID Jamek Negeri Sarawak dirasmikan pembukaannya oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohammad Noor pada 16 Rabiulawal 1411 Hijrah bersamaan 5 Oktober 1990.



Masjid Jamek Negeri Sarawak terletak di Petrajaya, berhampiran dengan Pustaka Negeri Sarawak, Kelab Golf Sarawak, Stadium Sarawak dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Masjid ini diuruskan oleh Lembaga Amanah Masjid Negeri Sarawak (LAMNS) bagi memudahkan segala aktiviti berlangsung dengan lancar dan teratur.



Pada masa kini, masjid ini bukan sahaja menjadi tempat beridadah semata-mata tetapi menjadi pusat kepada beberapa organisasi dan aktiviti. Antara organisasi yang menjadikan masjid ini sebagai lokasi utama ialah Ma'had Tahfiz Tun Abdul Rahman Yaakub (MATTARY) dan juga Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Yakub (TATTARY). Bagaimanapun, kedua-dua organisasi ini akan berpindah setelah bangunan tetap ma'had dan tadika tahfiz itu siap pada tahun ini.



Antara aktiviti yang diadakan di masjid ini antaranya kuliah subuh dan maghrib, tuisyen matapelajaran sekolah rendah (setiap Ahad hingga Selasa), kelas mengaji Al-Quran bagi pelajar sekolah rendah(setiap Rabu hingga Jumaat) dan beberapa aktiviti-aktiviti penting dan secara tahunan seperti sambutan maal hijrah, bulan ramadhan, sambutan maulidur rasul dan lain-lain lagi.



Masjid ini mempunyai sebuah menara setinggi 99 meter yang melambangkan 99 nama Allah SWT dan bentuk strukturnya yang seakan-akan bintang pula melambangkan pancaran Islam ke seluruh negeri Sarawak. Masjid ini mampu menempatkan seramai 14,000 orang jemaah pada satu-satu masa.


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...