Monday, November 23, 2009

"Kami Telah Kalah" - Penulis Yahudi

Akhbar rusia yang diterbitkan di amerika telah ditarik balik pengedarannya kerana satu artikel yang ditulis oleh penulis yahudi pada muka surat yang ke tujuh.
Ini terjemahan dari sebahgian artikel tersebut:

Penulis menyatakan:

Sekiranya kita ke Gaza untuk membebaskan Shalit (yg ditawan Hammas sejak 2006) …… Kami pulang tanpanya.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menghentikan roket2…………. Sesungguhnya bertambah jauh roket tersebut (sehingga hampir ke Tel Aviv) sehinggalah di hari terakhir dan semakin memberi ancaman.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menghapuskan Hammas…………… sesungguhnya Hammas semakin disayangi dan kita telah memberikannya pengiktirafan rasmi.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menjajahnya…………… Sesungguhnya telah kami sebut bahawa pasukan tentera tidak mampu menguasai satu meter pun di dalam kawasan Gaza.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menunjukkan bahwa kita yang hebat…………. Sesungguhnya peperangan telah berhenti setelah mana diputuskan oleh pejuang bukannya ketika kita buat keputusan.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mempamirkan kekuatan kita……… Sesungguhnya cukuplah kita buat pertunjukkan ketenteraan di Tel Aviv.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk membunuh pemimpin Hammas…………. Sesungguhnya kita hanya membunuh dua orang dari 500 pemimpin gerakan Hammas.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mendapat simpati dari dunia…………….. Sesungguhnya pandangan alam telah merubah kepada memusuhi kami. Orang yang dulu bersama kami pun telah memusuhi kami.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mengembalikan kepercayaan kepada tentera kita……….. Sesungguhnya kita telah menambahkan kecut pada tentera kita dan telah menambahkan keyakinan kepada pejuang2 hamas pd diri mereka.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menetapkan kekuatan pencegahan kita …………… sesungguhnya telah jelas bahawa senjata kita, tidak kita gunakannya dengan baik semasa di daratan dengan dua kali percubaan 2006 dan 2008. Ia tidak mencegah hizbullah dan tidak mencegah hammas.

Malahan bertambah ancaman dan kesombongan pemimpin2 hammas. Allah yang lebih mengetahui perkara yang akan datang selepas mana telah tersebar maklumat ini dikalangan penduduk setempat iaitu maklumat berkenaan dgn pejuang2 palestin dan kemampuan mereka untuk melawan kita. Kita tidak harus lupa ketika berlakunya pertemuan demi pertemuan untuk perdamaian

Kita tidak pernah mendengar permintaan hammas walau sekalipun untuk genjatan senjata sehingga kita yang memintanya. Biarlah aku bertanya “Siapa yang menakutkan siapa?” Allah lebih mengetahui, terdapat 800 ribu penduduk Israel di selatan yang mana mereka akan gementar dan bergegas ke tempat perlindungan apabila mendengar nama hammas. “Siapa yang menakutkan siapa ?”

Akhirnya penulis membuat kesimpulan dengan kata2nya:

Peperangan ini menyebabkan rejim zionis(pertubuhan yahudi antara bangsa) membelanjakan 10.5 trillion dolar. Jumlah ini sama nilainya dengan belanja untuk kempen pengiklanan selama 40 tahun bagi mencantikkan gambaran orang2 yahudi di mata dunia. Dalam masa 22 hari , tentera2 yahudi telah memusnahkan segala2nya. Jumlah 10.5 trilion yang dikeluarkan oleh pertubuhan zionis ini tidak mencukupi bagi membiyai semua perbelanjaan perang ini.Ini juga tidak termasuk kerugian manusia di pihak askar dan orang awam yang terkena roket.

Penulis yahudi ini berkata:

Aku, olmert dan barak mengetahui kerugian manusia yang menimpa kami. Kesemuanya dilarang untuk mendedahkan jumlah kerugian manusia tersebut.”

Akhirnya penulis berkata:


“Cukuplah pembohongan kita selama ini. Sebenarnya kita tidak menang.”

Kelebihan Solat 2 Rakaat

Diriwayatkan bahawa rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Setelah Allah S.W.T selasai menciptakan Jibrail A.S. dengan bentuk yang cantik, Allah S.W.T. menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang iaitu antara timur dan barat.

Setelah itu Jibrail A.S. memandang dirinya dan berkata: "Wahai tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku"

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:"Tidak". kemudian Jibrail A.S. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah S.W.T. dan tiap-tiap rakaat lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail A.S. solat, maka Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadah kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan muncul seorang nabi yangmulia yang paling Aku cintai, namanya 'Muhammad". Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesunguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintanKu."

kemudian Jibrail A.S. berkata: "Ya tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadah mereka?"

lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:" Ya jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal."

setelah JibrailA.S. mendapat izin dari Allah S.W.T. maka pergilah jibrail A.S. dangan mengembangkan sayap dan terbang, setiap kali dia mengembangkan sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3,000 tahun terbanglah malaikat jibrail A.S. selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah dibawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah S.W.T. lalu dia berkata dalam sujud:"Ya tuhanku apakah aku sudah menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud"Wahai jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3,000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu serta kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamutidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah diberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan."

Tuesday, November 10, 2009

Pelaburan Emas

Sama ada anda sedar atau tidak, pelaburan emas merupakan salah satu alternatif malah pada pandangan saya lebih menguntungkan berbanding dengan pelaburan-pelaburan lain. Mengapa? Kerana kelebihan sifat-siafat emas itu sendiri. Berikut ada alah sifat-sifat emas tersebut:-

1. Cantik pada pandangan mata
2. Mudah dibahagikan tanpa menjejaskan nilainya
3. Tidak boleh dibinasakan
4. Sukar diperolehi

Kita tahu emas mempunyai nilai yang tinggi di pasaran. Namun berapa ramai di kalangan kita yang sedar akan "nilai sebenar" emas pada masa kini. Menurut bekas Pengerusi BSKL dalam siri temuramah program Bijak Wang TV3 menyatakan bahawa sejak 5 tahun yang lepas, harga emas telah melonjak naik sehingga 250%. Ini bermakna dalam setahun kenaikan harga emas adalah sebanyak 50%. Beliau juga meramalkan harga emas akan meningkat sehingga USD2000 per auns. Harga emas sekarang adalah sekitar USD1100.

Cuba anda bayangkan, sekiranya anda membeli emas 5 tahun terdahulu pada harga RM1000 dan anda menjualnya pada masa sekarang, nilai emas tersebut adalah RM3500!!! Jika dibanding dengan kadar ASB yang memberi pulangan sebanyak 8% - 10% setahun, ternyata emas lebih menguntungkan, jauh lebih menguntungkan!

Fikir-fikirkan...

Tuesday, October 27, 2009

Tragedi Jambatan Dipang, Perak















Apa yang berlaku di Perak, iaitu tragedi Jambatan Dipang yang runtuh di SK Kuala Dipang, Perak sehingga menyebabkan 22 orang murid hilang sungguh menyedihkan. Daripada jumlah tersebut 2 telah meninggal dunia akibat lemas sementara yang lainnya selamat.













Punca jambatan tersebut runtuh masih dalam siasatan pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan. Berkemungkinan terdapat kelemahan pada struktur dasar tiang jambatan yang menjadi punca runtuhnya jambatan tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...