Tuesday, February 22, 2011

Jom Kira Duit SYILING!

Ha...dah tiba masanya untuk 'kira dan simpan' duit syiling dari tabung-tabung anak-anak saya. Anak-anak saya di ajak bersama-sama untuk megira duit syiling tersebut. Ternyata mereka berdua teruja melihat bilangan syiling yang banyak dan pelbagai saiz.



Mereka berdua juga berpeluang untuk melihat duit syiling RM1 (syling warna emas) yang telah lama tidak digunakan dinegara kita. Tak sangka jugak yang kami masih lagi mempunyai syiling RM1 itu...



Duit-duit syiling dikumpul dan di asing mengikut nilai syiling tersebut. Syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen dikira dan disusun dengan kemas agar mudah untuk mengira jumlah keseluruhannya kelak. Cuma terdapat 2 keping duit syiling RM1. Juga terdapat beberapa keping duit syiling 1 sen, duit syiling negara Brunei, duit syiling negara Singapura...dan juga syiling token untuk permainan di arcade centre (...pulak dah?!). Duit syilingyang paling lama dalam simpanan kami adalah duit syling 50 sen dan duit syiling 20 sen keluaran tahun 1967. Dilihat dari reka bentuk syiling, pertukaran gambar parlimen ke gambar yang terkini berlaku pada tahun 1989...boleh perhatikan syiling 50 sen kat gambar dibawah nie...


Setelah dikira, duit-duit syiling tadi dimasukkan ke dalam bekas plastik untuk memudahkan pertukaran ke wang kertas. Mudah nak masuk mesin ATM untuk depositkannya nanti.

Sekali lagi, saya memohon bantuan rakan blogger Aswandy (ASWANDYROSLY.blogspot.com) untuk meng'cash'kan atau membuat pertukaran dari syiling ke wang kertas. Atas bantuan dan nasihat beliau, kami telah pergi ke tempat tersebut dan membuat pertukaran syiling tadi.

Sayang sekali, kami lupa pulak nak ambil gambar cara diaorang kira duit syiling yang banyak tu....kalau dapat gambar tu bolehlah saya kongsikan dalam blog saya nie....anyway, thanks a lot to bro Aswandy atas pertolongan beliau. Saya memang tak berapa tahu kat mana nak tukar syiling tu, nasib baik lah ada bro Aswandy....tq.

Korang tahu tak berapa nilai syiling tu? Ko pikir la sendiri......hehehe!

5 comments:

  1. susah jugak kalu nak cari tempat tukar duit syiling tok. untuk info. pergi lah ke kedai CCK, sebelah masjid. k,
    arios,amigos, tukos,syilingos, cantossss

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAT MANE CCKK? BLEH BGI ALAMAT PENUH AREA LEMBAH KLANG

      Delete
    2. sy pun ade bnyak duit siling singgapore $320

      Delete
  2. banyaknya! mesti ratus2 ni kan?
    saya pernah kumpul duit 50 sen sampai RM500, tapi dah simpan dalam bank dah...

    folow sini jugak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...