Saturday, February 19, 2011

Ketua Menteri Sarawak Yang Pertama



Ketua Menteri Sarawak yang pertama ialah Datuk Stephen Kalong Ningkan (1920-1997). Beliau mula menjawat jawatan Ketua Menteri Sarawak bermula 22 Julai 1963 sehingga September 1966 selepas pembentukan negara Malaysia pada 19 September 1963. Beliau menang besar dalam Pilihan raya 1962 dan membolehkannya dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pertama. Pada tahun 1963, jajahan-jajahan British di Asia Tenggara iaitu Sarawak, Sabah dan Singapura serta Persekutuan Tanah Melayu bergabung untuk membentuk negara Malaysia.

Datuk Stephen Kalong Ningkan lahir pada Ogos 1922 di Betong, Bahagian Kedua Sarawak - Simanggang (kini dinamakan Sri Aman). Beliau berketurunan Iban dan boleh berbahasa Cina. Belajar hanya di Sekolah St Augustine dan bekerja sebagai atenden hospital syarikat Shell di Kuala Belait, Brunei Darussalam untuk beberapa tahun. Kepimpinannya menyerlah apabila menjadi pengerusi Kelab Dayak Shell ketika bekerja di sana. Beliau menjadi pengasas/pengerusi Persatuan Dayak Sarawak dari 1958-1960.

Beliau kembali ke Betong dan menubuhkan Sarawak National Party (SNAP) pada 10 April 1961 di Betong. Stephen Kalong menjadi Setiausaha Agung. Tokoh pengasas lain ialah T.S. Tinker (Pengerusi), Edward Howell, Edwin Howell, Ivory Kedit, Mathew Dana Ujai, David Lawrence Usit, Nyipa Julin and Lionel Bediman anak Ketit.

Bagaimanapun, Datuk Stephen Kalong menolak cadangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk gabungan Sarawak, Sabah, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Beliau mempunyai pengaruh yang kuat di Sarawak terutama peribumi kaum Dayak. SNAP menang banyak kerusi dan beliau dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak selepas pilihanraya umum 1962. Beliau juga memainkan peranan penting untuk membentuk gabungan Perikatan Sarawak dan menyandang jawatan Setiausaha Agung.

Gelora politik Bumi Kenyalang semakin kuat sejak 1963 lagi. Lee Kuan Yew dari Singapura cuba untuk menggabungkan Sabah dan Sarawak. Pada 9 Ogos 1965 Singapura dikeluarkan dari Malaysia untuk mengurangkan majoriti kaum Cina di Malaysia, Sabah dan Sarawak mungkin ingin turut keluar dari Malaysia. Mahkamah memutuskan perlucutan jawatan Ketua Menteri Sarawak bergantung kepada sama ada beliau mewakili perwakilan majoriti di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Akhirnya mahkamah memutuskan Stephen Kalong Ningkan hilang majoriti dan populariti. Stephen Kalong Ningkan merujuk Gabenor Sarawak (sebelum diubah kepada Yang diPertua Negeri Sarawak) ke mahkamah kerana tidak setuju dengan Gabenor. Mahkamah menyebelahi beliau dan beliau dilantik semula sebagai Ketua Menteri Sarawak. Dalam kes tersebut, bukti sokongan hanya diberikan dalam bentuk surat, tetapi ia tidak ditandatangan oleh kesemua yang namanya tertera dalam daftar diberikan. Malah salah seorang yang dikatakan menandatangani surat, hanyalah dalam bentuk cop.

Tidak puas hati dengan keputusan mahkamah, beberapa pemimpin PESAKA, BERJASA dan PANAS pergi ke Kuala Lumpur dan mendesak pemimpin Persekutuan mengadakan persidangan Parlimen agar Perlembagaan Sarawak diubah. Pemimpin tersebut ialah Thomas Kana (Setiausaha Agung PESAKA), Temenggong Jugah (Presiden), Sidi Munan (Setiausaha Tuemenggong Jugah) dan Alfred Mason (Setiausaha peribadi Temenggong Jugah). SNAP menuduh mereka telah digunakan oleh Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud bagi menjatuhkan Ningkan. Dengan itu bolehlah darurat diisytiharkan di Sarawak. Gabenor mengirim surat kepada Stephen Kalong Ningkan supaya mengundurkan diri dan jika masih tidak mengundurkan diri, maka beliau dianggap meletakkan jawatan secara automatik.

Pada 14 September 1966, Yang Dipertuan Agung Malaysia telah mengisytiharkan darurat di Sarawak demi keselamatan dan kesejahteraan negeri tersebut. Stephen Kalong Ningkan merujukkan kesnya ke Privy Council di London iaitu mahkamah paling tinggi untuk rujukan pada ketika itu.

Datuk Penghulu, Tawi Sli dari Simanggang, seorang bekas paderi (pastor) dan guru telah dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pada 24 September 1966 bagi menggantikan Stephen Kalong Ningkan dan menyelamatkan Sarawak daripada krisis politik.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...