Monday, January 31, 2011

Tahniah!

Tahniah kepada pasukan team 10-pin bowling AC MedCo (Kolej Perubatan UNIMAS) kerana telah memenangi Pertandingan 10-pin Bowling Antara Staf Kolej Kediaman UNIMAS 2011 yang julung-julung kali diadakan. Pasukan AC MedCo telah mengalahkan 7 pasukan yang mengambil bahagian yang berlangsung di Pusat Boling UNIMAS pada 28 Januari yang lepas yang terdiri daripada pasukan Alamanda, Bunga Raya, Tun Ahmad Zaidi, Kenanga, Seroja, Cempaka dan Pusat Khidmat Pelajar (PKP).
























Pasukan AC MedCo dianggotai oleh Zahirudin Md Jais, Mohamad Hidayat Badar, Azlina Abdul Aziz dan Hasmadi Ludin telah berjaya mengungguli kesemua pusingan setalah bermain 3 pusingan (game). tempat kedua telah disandang oleh pasukan Kolej Cempaka dan tempat ketiga pula oleh pasukan Kolej Alamanda. Saudara Zahirudin juga telah terpilih sebagai pemain terbaik yang berjaya memperolehi jumlah jatuhan pin yang tertinggi.

Sekalung penghargaan buat urusetia yang bertungkus lumus dalam menjayakan pertandingan ini. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dr Zahara Abdul Manap.

3 comments:

  1. majulah sukan untuk negara....perghhhh

    ReplyDelete
  2. memang dah jangka menang...menang baju, menag posing, menang makan & akhir sekali menang pertandingan....syabas!!!

    ReplyDelete
  3. kemenangan harus diraikan.....
    siney tmpt tek bos....
    makasih bossssss.........

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...