Sama ada anda sedar atau tidak, pelaburan emas merupakan salah satu alternatif malah pada pandangan saya lebih menguntungkan berbanding dengan pelaburan-pelaburan lain. Mengapa? Kerana kelebihan sifat-siafat emas itu sendiri. Berikut ada alah sifat-sifat emas tersebut:-
1. Cantik pada pandangan mata
2. Mudah dibahagikan tanpa menjejaskan nilainya
3. Tidak boleh dibinasakan
4. Sukar diperolehi
Kita tahu emas mempunyai nilai yang tinggi di pasaran. Namun berapa ramai di kalangan kita yang sedar akan "nilai sebenar" emas pada masa kini. Menurut bekas Pengerusi BSKL dalam siri temuramah program Bijak Wang TV3 menyatakan bahawa sejak 5 tahun yang lepas, harga emas telah melonjak naik sehingga 250%. Ini bermakna dalam setahun kenaikan harga emas adalah sebanyak 50%. Beliau juga meramalkan harga emas akan meningkat sehingga USD2000 per auns. Harga emas sekarang adalah sekitar USD1100.
Cuba anda bayangkan, sekiranya anda membeli emas 5 tahun terdahulu pada harga RM1000 dan anda menjualnya pada masa sekarang, nilai emas tersebut adalah RM3500!!! Jika dibanding dengan kadar ASB yang memberi pulangan sebanyak 8% - 10% setahun, ternyata emas lebih menguntungkan, jauh lebih menguntungkan!
Fikir-fikirkan...
No comments:
Post a Comment