Fakta Saintis Barat
1. Jarak diantara Nabi Adam dan kita cuma diantara 10000-20000 tahun dan fossil manusia perempuan tertua dijumpai berusia 4.4 juta di Ethiopia.
2. Manusia dahulu hidup bercawat, tidak tahu memasak, bertani dan tinggal didalam gua (tidak bertamaddun).
3. Manusia dahulu tidak mempunyai bahasa dan berpakaian tidak sempurna.
4. Manusia berevolusi melalui pelbagai zamanà ais/batu
Fakta Al-Quran
Kisah Habil dan Qabil
Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama "Iqlima", kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama "Lubuda". Kerana Qabil tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima maka Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yang dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yang meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya. Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara itu diterima korbannya ialah yang berhad menentukan pilihan jodohnya.
Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua korban itu kambing Habil dan gandum Qabil di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas dua jenis korban itu.
BERDASAR KISAH DIATAS MASIH BODOHKAH MANUSIA GENERASI KEDUA SEHINGGA MEREKA MAMPU MENTERNAK HAIWAN DAN TERLIBAT DIDALAM BIDANG PERTANIAN GANDUM? BUKANKAH ITU HASIL DIDIKKAN ILMU DARI MANUSIA PERTAMA YAKNI NABI ADAM A.S YG JUGA MENDAPAT ILMU DARI ALLAH S.W.T JUGA.
Fakta Hadith
Hadis al-Bukhari yang berbunyi : Abu Dzar telah meriwayatkan: saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW: "Apakah masjid yang pertama dibina di atas muka bumi ini?, Rasulullah SAW menjawab: "Masjid al-Haram", saya bertanya lagi: "kemudiannya...", balas Rasulullah SAW: "Masjid al-Aqsa". Saya bertanya lagi: "Berapakah jarak di antara keduanya (tempoh dibina kedua-duanya), balas Rasulullah SAW: "empat puluh tahun, di mana sahaja kamu dapat bersolat pada keduanya, maka bersolatlah (di sana), di sana ada kelebihan (untuk mereka yang bersolat di kedua-dua masjid tersebut)".Nabi Adam a.s adalah manusia pertama membina Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa didalam selang waktu 40tahun.
MASIH BODOHKAH MANUSIA PERTAMA ITU WALAUPUN DIDLM ILMU PEMBINAAN.
Fakta Sejarah Islam
Nabi Idris dianugerahi kepandaian dalam berbagai disiplin ilmu, kemahiran, serta kemampuan untuk mencipta alat-alat yang dapat mempermudahkan pekerjaan manusia, seperti pengenalan tulisan, matematik, ilmu astronomi.
SEDARKAH PEN, TULISAN, HURUF, ANGKA, DAN ILMU CAKERAWALA ITU ADALAH HASIL TAMADUN MANUSIA DAHULU LAGI YG KAMU KATAKAN BERCAWAT ITU. MASIH BODOHKAH MANUSIA TERDAHULU ITU?
Catatan penulis: Kebenaran akan terbongkar jua akhirnya....Allahu Akhbar!!!
*petikan dari www.syok.org